Follow me 'INSTAGRAM"

Tuesday, November 2, 2010

Pertama Kali


Ya. buat pertama kalinya si kecil buah hati pengarang jantung aku demam, selesema dan juga batuk.
Sebelum ini sepanjang tempoh usianya, Qaseh belum penah lagi demam. Namun semalam dalam usianya yang akan menginjak ke 6 bulan lagi beberapa hari,Qaseh demam.

Alahai, kesian anak mama.
Semlm mase makngah kamu msg mama cakap kamu demam betape risaunye hati mama.
Tapi mak ngah kata suhu kamu stabil. Terus mama kol nenek kamu untuk betanya khabar kamu.
Kata nenek, suhu kamu hampir menjangkau 37 darjah.
Oh tuhan betapa risaunya mama kala itu. Tapi nenek kata kamu langsung tidak meragam. Ya mama tau kamu mmg kuat.

Dan malam itu kamu dikerahkan ke klinik. Alahai Qaseh. suhu kamu sudah meningkat ke 39 darjah. Muka kamu,idung kamu,mata kamu, mulut kamu juga turut merah. Ditambah pula dgn hidung yang sentiasa berair. Mama dapat rasa kesakitan yg kamu alami nak. Namun kamu masih lagi boleh bermain. Di masukkan ubat ke dalam buntut oleh doktor utk mengurangkan suhu juga kamu tidak merengek. Doktor juga memuji kamu.

Dan pagi ini, bile mama telefon nenek, lege hati mama bila nenek kata badan kamu sudah tidak sepanas semlm, juga boleh lena tidur kerana sebelum ini tidur kamu asik terganggu kerana selesema kamu itu. Nenek kata bila dititiskan ubat ke hidung, kamu tidak menangis pon. Anak mama sabar ya. Mama tau Qaseh kuat.

Muke monyok qaseh di kala demam.

Moga anak mama cepat sembuh ya syg. Mama syg kamu.

*Hari Khamis yang lepas Qaseh sudah pon di sunatkan.
My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

2 comments:

  1. 39ºC?tinggi tu mar.
    kena monitor slalu.risau apa2 jadi nanti

    ReplyDelete
  2. tulah zuris...mmg tggi...tu yang riso..tapi tadi cek suhu dah trun ke 35...harap2 oklah...tapi mmg slalu kene monitor ble demam camni kan...tkt tibe2 panas balik..alahai risaunye ati ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...