Follow me 'INSTAGRAM"

Friday, January 7, 2011

Insan Penting


Kalo dulu sebelum kawin keluarge adalah antara insan yang terpenting dalam hidup aku. Apa tidaknya tanpa mereka mgkin aku tidak seperti sekarang.
Keluarga aku pembakar semangat aku. Sentiase berada bersama aku tika suka maupun duka.
Siyes sebelum kawin byk masalah dan konflik dalam diri aku. Ayah n ibu aku sentiase ada tak kira ape yang terjadi pade aku.
Adek aku juga turut menjadi penasihat dan pendengar setia masalah aku.

Bila kawin haruslah suami pujaan ati yang menjuarai hati ini.Siyes aku cinta dia sampai mati.
Mungkin org lain byk pengalaman dalam becinta. Tapi aku, hanya Epoi. Hanya die sorang dari dulu hingga kini.
Epoi lelaki pertama yang mencuri hati ini dan sehingga kini.

Kalo bercerita tentang dugaan dalam tempoh becinta mmg tak abih nak cerita.
Hanya mereka terdekat sahaja yang tau pahit manis mase aku becinte ngan Epoi.
4 tahun menyulam cinta akhirnya kami di tunangkan.
Dalam tempoh petunangan pon byk juga dugaan.
Dan atas sebab itu juga aku menitiskan air mata bila kami selamat dijabkabulkan.
Siyes aku macam tak percaya aku berjaya juga harungi dugaan itu dan akhirnya bergelar isteri kepada lelaki yang aku cintai sangat2. Terharu dan gembire.

Dan kini sudah punya cahaya mata pula. Haruslah gembira kerna itu lambang cinta aku n Epoi. Qaseh Nur Azzalea penyeri hidup kami.
Tak tergambar rasenye perasaan aku apabila pertama kali dapat tau ada nyawa yang aku kandungkan di dalam perut aku. Aku bahagia.
Walopun sehingga kini masih terbayang saat aku di labour room menahan sakit besalin namun kini aku rasa bahagia bila tiap kali menatap wajah Qaseh.

Keluarga aku, Epoi dan Qaseh adalah segala-galanya bagi aku.Kini mempunyai sebuah keluarga kecil haruslah aku lebih kuat sebagai seorang isteri ibu dan juga anak. Moga Allah permudahkan perjalanan hidup aku dan juga aku harapkan aku kuat untuk mengharungi segala ujian dari-NYA.

Ibu, ayah. kak long syg ibu n ayah

Adek2. Kamu juga berada di hati ini

Epoi. Orang cinta abang sehingga ke hujung nyawa ini. Akan aku pertahankan cinta ini.

Qaseh buah hati mama, moga besar jadi anak yang solehah ya.

Rasa hidup ini lengkap bila melihat mereka berada di samping ku.

My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...