Follow me 'INSTAGRAM"

Monday, April 25, 2011

Kedua Kali Bulan ini


Sudah agak lame aku rase aku tak menaip entri baru di blog ni.
Mals pon ye, kerja byk pon yer dan yang paling penting kesihatan Qaseh bulanini tidak berapa baik
Kalo di ikutkan mau aje ari2 aku bercerita macam2 di blog ni.
Membace entri teman2 lain pon sekarang dah tak sempat apatah lagi meninggalkan jejak.

Buat pengetahuan kalian yang membaca, bulan ini 2 kali Qaseh demam.
Bukan demam yang sikit2 tapi demam yang makan masa lebih dari semggu untuk pulih.
Serius hati aku amat risau dan kadangkala runsing memikirkan puncanya.
Kata orang anak mau membesar jadi demam adalah perkara biasa.
Aku terima dan redha. Mungkin ini ujian buat kami sekeluarga.

Jumaat lepas aku terpaksa EL lagi memandangkan demam Qaseh tidak kebah malah semakin tinggi suhunya.
Dan malam tadi bermula episod di mana aku merasa berada di wad kecemasan.
Semalam lepas mandikan Qaseh, aku tidurkan dia.
Sebaik Qaseh bangun dari tidur aku rasakan badan Qaseh terlalu panas.
Kalo ikutkan semlm dah 4 hari Qaseh demam. Ya! agak lama aku rasakan.

Bila aku rasakan badan Qaseh panas, terus aku ambil suhu Qaseh.
Aku jadi sgt tak senang duduk, suhunya pada ketika itu 39.7.
Sgt tinggi aku rasa.
Dan pada saat itu juga aku panggil Epoi dan segera ajak Epoi ke Emergency.
Bimbang sungguh hati ini.
Selesai solat magrib, kami ke wad emergency.
Semasa dalam perjalanan ke hospital aku cek suhu lagi dan kali ini meningkat ke 40 darjah.

Aku peluk Qaseh kuat2.
Qaseh hanya mampu merengek.
Tiba di hospital, aku lihat ramai sangat orang dan pada fikiran aku mesti sampey ke tengah malam baru turn aku kot.
Tapi Epoi kate pegi je daftar dulu.
AKu turun dan bawak Qaseh dan terus cakap kat kaunter yang suhu Qaseh terlalu tggi.
Nurse di kaunter pegang dahi Qaseh dan die suruh aku duduk.
Tak lame lepas tu die panggil name Qaseh dan die bagi kat aku tuala basah untuk letak pada badan Qaseh supaya kurang panasnya.

Sementara tunggu nama di panggil, Qaseh tak berhenti merengek.
Hati aku jadi sayu melihat Qaseh begitu.
Sebaik nama di panggil, suhu Qadeh di ambil sekali lagi dan nurse tekejut bila suhu Qaseh pada tika itu adalah 40.4. Aku pon tekejut jugak. makin tinggi!
Terus nurse masukkan ubat bontot dan terus bawak aku masuk ke zon semi kritikal di mana aku tak perlu tggu turn.

Di situ seorang doktor datang cek Qaseh dan tak lame lepas tu aku di suruh tggu di luar sbb dorang nak ambik darah Qaseh.
Yang aku dengar hanya lah jeritan dan tangisan Qaseh. Menitis air mata aku.
Aku tak sampai hati terus aku keluar dari situ. Tak mampu untuk aku dengar tangisan Qaseh.
Tka lame lepas tu aku dipanggil semula dan aku disuruh untuk masahkan seluruh badan Qaseh dengan air untuk menurunkan suhunya.
Kami diberikan satu katil seperti di dalam wad.
Agak lama jugak aku di situ.
Bila nurse datang cek suhu Qaseh hanya turun sedikit iaitu 39.6.
Jadi nurse suruh aku basahkan lagi badan Qaseh sehingga suhu betul2 turun.

Aku sedih melihat keadaan Qaseh mase tu.
Mungkin terlalu sejuk sbb badan die di basahkan dgn air.
Aku lihat kiri dan kanan katil pun ade jugak budak lain yang sebesar Qaseh
Mungkin demam jugak kot. dan ade yang masuk air.
Lebihkurang sejam lepas tu , tiba2 Epoi masuk.
Aku mase tu tak terpikr pon aku datang nagn Epoi. boleh tak camtu?
Epoi masuk sorok2 kat ctu (kalo ikiutkan hanya org tetentu je boleh masuk sbb ni kawasan larangan) sbb die rase macam lame sgt aku kat dalam.
Die pon naik riso gak.Yelah kau pon leh telupe bawak henpon. maka segala komunikasi terhalang lah kan.

Tapi jap je pon Epoi kat ctu. Bile nurse nampak, Epoi dah kene halau keluar.
Ha degil kan. AKu dah cakap tadi. Hehehe
Lebih kurang sejam kemudian nurse datang semula untuk cek suhu buat kali kedua.
ALhamdulillah kali ni suhu turun ke 37. Lege sikit ati aku..
Dan nurse cakap kami dah boleh balik.

Tapi hari ni demam Qaseh seakan naik semula.
Aku terpakse kerja juga hari ni sbb terlalu kerap aku EL dalam bulan ni.
Jadi hari ni Epoi yang jage.
Tapi kalo esok Qaseh masih demam terpaksa jugaklah aku cuti lagi sbb esok Epoi berkursus pulak.

Untuk sedapkan ati yang sebabtiasa gusar dan bimbang ini aku hanya pikirkan kan ade hikmah sebalik semua ini.
Mungkin Qaseh nak pandai sesuatu yang baru kot.
Lebih kurang 2 mggu lagi Qaseh sudah mau setahun.
Dan besar anak aku.





My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

2 comments:

  1. aku da ase duk kt emegency tu..siap kene thn wad sbb danish tarik sawan..ubat kt bontot tu mmg kene spare kt uma..suhu tgi aku trs pki ubat tu..riso sgt

    ReplyDelete
  2. mar!! ohohoho.. macam mana boleh jumpa blog ko ni.. hehe. tomel la baby ko.. gewammm sangat pipi dia tuu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...