Follow me 'INSTAGRAM"

Wednesday, May 4, 2011

Jemputan


Pertama kali menyambut ulangtahun kelahiran anak memang macam2 yang aku pikirkan.
Kalo ikutkan macam2 yang aku ingin buat.
Tapi memandangkan masa yang suntuk dan juga aku tidak sekreatif ibu2 yang lain, jadi sambutan hari lahir Qaseh yang pertama aku buat dalam keadaan yang sederhana.
Jadi tarikh sudah ada, hanya menunggu majlis saja untuk berlangsung.
Insyaallah majlis pertama ini bakal berlansung Sabtu ini bersamaan 7 Mei 2011.

Dan di sini aku ingin mengambil kesempatan kepada sesiapa sahaja yang membaca entry aku ini.
Anda dijemput sama untuk hadir.
Ya! mari lah datang ke rumah aku ya. Moga kedatangan anda akan memeriahkan majlis.
Kenalan rapat, teman di waktu sekolah, teman di pejabat, sila hadir ya!
Buat teman2 'Ukhwah Blogger', kedatangan kalian semua amat aku alu2 kan.
Walopon perkenalan hanya di alam maya, moga kehadiran kalian bakal menambah seri majlis yang bakal berlangsung.
Moga yang bakal di rai juga turut gembira melihat ramai teman2 kecil turut serta.

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas
Jika ada yang musykil jalan ke rumah aku boleh direct tanya aku ya!

Dan sekali lagi, jemput hadir ya semua! :)

My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

4 comments:

  1. huby aku kje sabtu tu..insyallah pas dea balik,kitorang terjah..heheh

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah kalau Nurul free Nurul try datang ok qaseh

    ReplyDelete
  3. INSYA ALLAH
    KALAU TIADA ARAL MELINTANG
    KAMI AKAN KE SANA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...