Follow me 'INSTAGRAM"

Wednesday, May 25, 2011

Wordless Wednesday (5) - Gambar Pertama Bersama (thn 2004)




My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Tuesday, May 24, 2011

Qaseh is One


Ya. Aku tau agak terlewat aku post entry ni.
Bukan ape kekangan mase.
Tambahan pulak lepas party Qaseh ari tu semggu Qaseh demam.
2 3 hari kemudian bile dah sehat Qaseh demam balik.
Aku riso ok.
Lepas tu semggu aku tak masuk opis.
Makanya tersgt lah banyak entry yang tertunggak

Di kesempatan ini aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada yang sudi hadir memeriahkan majlis hari lahir Qaseh yang pertama.
Aku dan keluarga amat2 hargai kedatangan kalian semua.
Kawan sekolah, kawan mase belajr dulu, kawan opis dan juga teman2 di blog. TQ again!
Aku sangat2 tak sangke ramai jemputan yang sudi hadir. Tak menang tangan aku nak melayan.
Aku mohon maaf pada siape yang rase ade kekurangan pada majlis yang aku anjurkan.

Ape kater jom layan beberape gambar mase majlis hari lahir Qaseh yang lalu.

 hiasan, banner,pool, kek sempene besday qaseh

 scandal qaseh di taska. Damien yang comey

 kawan2 Qaseh yang turut hadir

aku suke gambar ni. macam cha  nak ajak qaseh sembang kan?

 adek aku yang sgt sukekan budak!

 dayu n family

 gambar wajib. ana (dani), jue(alif), aku (qaseh sedang lena di buai mimpi), nurul (raina), dayu(cha).

 cubaan mengusik muffin

 Qaseh nur Azzalea Mohd Shaiful 

Qaseh yang keletihan. Majlis belum abis Qaseh dah tdo.

teman2 ofis yang hadir

Dan sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih walopon terlewat, dari aku sekeluarga. Kehadiran anda semua benar2 memeriahkan majlis Qaseh ini. Tak lupe juga tq untuk hadiah yang korang berikan untuk Qaseh.Qaseh sgt lah teruje tgk adiah yang byk itu.Taun depan ae rezeki kite jumpe lagi yerk!


My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Friday, May 6, 2011

Buatmu sayang


Qaseh,

Tepat pukul 12.52 pagi tadi genap umur Qaseh setahun sayang.
Mama rase macam baru semalm je mama terlantar kat atas katil di LR.
Ase sungguh cepat mase tu berlalu.
Qaseh sekarang dah setahun!
Mama nak Qaseh tahu menjadi ibu buat Qaseh merupakan pengalaman terindah dlm idup mama.
Pengalaman itu byk mengajar mama erti kesabaran. erti kasih sayang.
Dan yang pasti pengalaman itu indah sekali buat mama sayang.

Sayang,
Byk yang ingin mama katakan tapi tak terluah di sini.
Apa yang penting mama nak Qaseh tau mama sayang kan Qaseh sgt2.
Besar jadi anak yang solehah ya sayang.
Dan sekali lagi.
Selamat Hari Lahir yang Pertama buat mu Qaseh Nur Azzalea Mohd Shaiful.

Seminggu selepas di lahirkan

*Sedang asyik menatap gambar lame Qaseh...

My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Wednesday, May 4, 2011

Jemputan


Pertama kali menyambut ulangtahun kelahiran anak memang macam2 yang aku pikirkan.
Kalo ikutkan macam2 yang aku ingin buat.
Tapi memandangkan masa yang suntuk dan juga aku tidak sekreatif ibu2 yang lain, jadi sambutan hari lahir Qaseh yang pertama aku buat dalam keadaan yang sederhana.
Jadi tarikh sudah ada, hanya menunggu majlis saja untuk berlangsung.
Insyaallah majlis pertama ini bakal berlansung Sabtu ini bersamaan 7 Mei 2011.

Dan di sini aku ingin mengambil kesempatan kepada sesiapa sahaja yang membaca entry aku ini.
Anda dijemput sama untuk hadir.
Ya! mari lah datang ke rumah aku ya. Moga kedatangan anda akan memeriahkan majlis.
Kenalan rapat, teman di waktu sekolah, teman di pejabat, sila hadir ya!
Buat teman2 'Ukhwah Blogger', kedatangan kalian semua amat aku alu2 kan.
Walopon perkenalan hanya di alam maya, moga kehadiran kalian bakal menambah seri majlis yang bakal berlangsung.
Moga yang bakal di rai juga turut gembira melihat ramai teman2 kecil turut serta.

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas
Jika ada yang musykil jalan ke rumah aku boleh direct tanya aku ya!

Dan sekali lagi, jemput hadir ya semua! :)

My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...