Follow me 'INSTAGRAM"

Thursday, December 6, 2012

RESEPI : Ayam Masak Burma


Patutnye semlm aku kongsikan resepi ni.
Berjaya jugak cubaan pertama aku untuk masak Ayam Masak Burma ni.
Ni menu dinner kami satu family Selase ari tu.
Resepi asal aku amik dari SINI.
Tapi aku tak ikut sgt pon resepi ni. Haahahha

Ok tak nak cakap banyak.
Meh aku kongsikan resepi versi aku plak.
Sebabnye ade bahan yg takde so aku pepandai je lah gune ape bahan yg ade kat dapur aku tu kan.
Nasib baik menjadi dan sedap (epoi yg cakap tau bukan aku).hahahaha

Bahan-Bahan:

4 ketul peha ayam, cuci bersih dan toskan*
3 sudu besar sos tiram*
1/2 sudu kecik serbuk kunyit* 
bahan bertanda*disatukan, gaul rata dan perap selama 20 minit
1 cawan air

1 kiub pati ayam
 gula ikut kesesuaian sendiri


Bahan-Bahan Untuk Dikisar:


5 tangkai cili kering

5 tangkai cili padi (boleh tambah atau kurang ikut tahap kepedasan sendiri)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 sudu besar rempah kari daging
1 batang serai, hiris halus

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang telah di kisar tadi hingga naik bau, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. 
  2. Tuang air dan  kacau  dengan api sederhana hingga mendidih.
  3. Lepas tu, masukkan kiub ayam yg telah di hancurkan dan  perasakan dengan gula. 
  4. Kemudian, kacau lagi hingga kuah menjadi pekat. Bile kuah dah pekat dan warna pon dah cantik bolehlah tutup api dah siap dimakan bersama nasik.
Taraaa... Ayam Masak Burma versi aku.
Abaikan presentation yg kurang menarik. Yang penting ada rasa. Hahah.Kalau korang nak lagi cun boleh letak tomato dan juga daun pudina.


*Aku tak makan tomato :P. Ptg ni ade cek up untuk adek baby dan juga cek up Qaseh. Jumpa lagi esok ye. Babai.





My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

2 comments:

  1. ohhh pndai msk dia ni. hehhe. mana jumpa blog i ni ? suspen lak i. nnti nak try la ayam burma ni sesuai tuk i.

    ReplyDelete
  2. hikhik...suspen ek?
    terima kasih pada pakcik gugel...tapi dok gugel tips2..sekali terjumpa lah blog u..mule2 tak perasan dok bace entry je...sekali tgk gambar...eh...mcm kenal...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...