Follow me 'INSTAGRAM"

Thursday, December 27, 2012

Jantina Bayi dalam Kandungan (2) : Diet Sebelum Hamil


Entry ini sgt2 sesuai bagi mereka yang sedang merancang untuk hamil dan ingin merancang jantina anak mereka. Aku baru je jumpe entry ni, jadi utk org yg macam aku adalah tidak berapa sesuai kot sbb skang tgh pregnen. Jadi buat mereka yg tercari2 diet yang sesuai boleh lah amalkan diet ini ya. Tapi!! adalah di ingatkan jgn percaya bulat2 ye kawan2 semua. Kita hanya merancang, mencuba dan selebihnya hanya Allah yg menentukan. Jgn plak nnt ade yg nak salahkan aku bile ade yg tak menjadi. Almaklumlah aku pon tak penah cube diet ni.  

Jom kita lihat apakah diet yg sesuai bagi mereka yang inginkan ANAK PEREMPUAN :

Diet ini mempunyai kandungan kalsium dam magnesium yang tinggi dan sodium serta potasium yang rendah. Ia mestilah diamalkan sekurang-kurangnya enam minggu sebelum mula mengandung. Harus dingatkan bahawa diet ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit buah pinggang atau batu karang. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakannya.

Pengambilan Harian :
· Susu 600ml
· Roti wholemeal 90gm
· Mentega tanpa garam minimum 30gm
· 2 atau 1 bahagian daging dan 1 bahagian ikan
· 2 bahagian sayur
· 2 bahagian buah
· 1 biji telur atau 2 keping bijirin weet-bix atau vita-brits
· 2 biji ubi kentang direbus sahaja
· Tambahan: 4 biji pil kalsium sehari

Makanan / Minuman Yang Dilarang Sama Sekali :
· Sosej dan daging salai
· Ikan masin atau makanan laut yang dibuat jeruk
· Kopi, Teh atau minuman bergas

Bagi mereka yang inginkan ANAK LELAKI :

Pengambilan Harian :
· susu 200ml
· Roti wholemeal 90mg
· Mentega bergaram minimum 30mg
· 2 atau 1 bahagian daging dan 1 bahagian ikan
· 2 bahagian sayur
· 2 bahagian buah
· 1 biji telur
· Garam 3gm
· Daging salai atau daging masin
· Ikan salai boleh dimakan tetapi tulangnya mestilah dibuang kerana ia mengandungi kalsium
· Cendawan, jangung manis, blackcurrant dan oren
· Kopi, jus oren, jus tomato dan pekatan Bovril & Oxo
· Ubi kentang, coklat dan keju dilarang sama sekali.

Diet ini kaya dengan sodium dan potasium dan kurang kalsium dan magnesium. Ia mestilah diamalkan sekurang-kurangnya enam minggu sebelum mula mengandung. Mereka yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi dilarang mengamalkan diet ini. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakannya.

Info aku dapat dari SINI . 

Sekian sahaja info yang ingin dikongsi pada hari ini. Tak sabar nak tggu next week mau scan adek baby. :)


Pink or Blue?



My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

4 comments:

  1. huh, start bile nak kne amalkan nih..xsabau juga mau tau adik beby gegurl ke boboy...

    ReplyDelete
  2. yah : seelok2nya 6 mggu sebelum hamil....klu ase dah ready nak pegnen....6 mggu sebelum tu dah boleh amalkan diet ni... :)...amalkan 2bln sebelum pon lagi ok kot...heheh

    ReplyDelete
  3. mar dah bpe weeks? nape nani baru tau ni..huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...