Follow me 'INSTAGRAM"

Friday, December 28, 2012

Birthday Party, Majlis Perpisahan @Taska Nasyrah JPN


Pagi semlm Taska tempat Qaseh di asuh ade buat majlis sikit. Sambutan besday untuk anak2 yang lahir bulan 12 dan sekaligus Majlis Perpisahan bg tahun 2012. Kalau ikut kan sambutan besday ni dorg buat 2 atau 3 bln sekaligus dengan menggabungkan anak2 yang lahir dari bulan2 tertentu. Bile sambutan besday di buat mmg ibu bapa di jemput sekali untuk hadir bagi sama2 memeriahkan majlis. Seronok jugak tgk budak2 ni happy sambut besday kan.

Kalu mengikut perkiraan aku tahun ni tahun kedue Qaseh di taska ni. Tapi baru sekali je kot Qaseh merase sambut besday dan potong kek dengan kawan2 die kat taska ni. Tu pon mase umur die setahun. Mase tu tak tau ape sgt kan. Picit kek tau lah, potong kek? No no No. hahah..Tahun ni mase besday Qaseh yang ke 2 Qaseh tak dapat nak join sbb die demam. Mase ni aku dah eksaited dah nk ngk anak aku ptg kek sbb die dah besar kan, dah pandai nyanyi lagu besday sume. Tapi takde rezeki lak nak potong kek dengan kawan2. Tahun depan pon Qaseh tak dapat nak join sambut besday ngan kawan2 sebab mase tu aku dalam pantang. Dah sah2 Qaseh ikut aku balik kampung jugak kan. Takpe la Qaseh nnt kite suruh papa beli kek Qaseh potong kek dengan atuk ngan nenek ye.


Orang lain punye besday, Qaseh yang over pakai topi bagai. Siap jeling2 kek nak soh potong. Nasib die tak g tiup lilin. Hahahah.


**Semalam dengar citer yuran bulanan taska bakal di naikkan RM100 untuk tahun depan. Memo dah pon di buat kepada Pengarah. Skang tggu kelulusan Datuk je. *macam mahai sgt je aku rase*

My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Pemanggang Ajaib : Ayam Panggang ala Kenny Rogers


Bile ngk Dayu punye hasil masakan menggunakan pemanggang ajaib die, aku trus teruje nak masak gune pemanggang ajaib aku jugak. Padahal dah 3 bln kot pemanggang ajaib ni aku beli. Niat asal beli hanya nak gune mase aku dalam pantang nnt. Senang sikit mak aku nak jage n masak mknn  aku dlm pantang nnt kan. Dan atas sebab itulah aku pon jadi tak bernafsu nak gune pemanggang ni walaupon dah ade depan mata sbb dah pasang niat untuk kegunaan dlm pantang je. Dasar pemalas aku ni. Tapi ni bukan lah kali pertama pemanggang ni di gunakan. Masa mule2 beli dulu Epoi dah rasmikan dah dulu. Abih segala resepi yang dapat mase beli pemanggang ajaib ni die try. Maka terhasil lah burung masak itu lah, burung masak ini lah, udang masak itu lah dan lain2 lagi. Aku? hanye jadi tukang makan jerk. Hahahaha.

Tapi petang semlm aku gigih ni menggugel segala resepi yang ade sbb dah dapat suntikan semangat pas bace blog Dayu. Maka terhasillah menu ini untuk dinner kami anak beranak semlm. Serius sedap dan paling pntg senang. Bukan nak puji  diri tapi mmg sedap lah. *perasan*. Nanti boleh buat lagi. Bahan2 pon senang jerk. Dan yang penting berkhasiat sbb tak gune kan minyak pon. Best lah untuk aku yg dah semakin menggemok ni kan.


Ayam panggang ala Kenny Rogers. Gambar masih di atas Pemanggang Ajaib ye kawan2.


Sayur campur, Ayam panggang dan tak lupe jugak kuah black Papper. Semua ni hasil penggunaan Pemanggang Ajaib. Mmg menu yg sihat!




My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Thursday, December 27, 2012

Jantina Bayi dalam Kandungan (2) : Diet Sebelum Hamil


Entry ini sgt2 sesuai bagi mereka yang sedang merancang untuk hamil dan ingin merancang jantina anak mereka. Aku baru je jumpe entry ni, jadi utk org yg macam aku adalah tidak berapa sesuai kot sbb skang tgh pregnen. Jadi buat mereka yg tercari2 diet yang sesuai boleh lah amalkan diet ini ya. Tapi!! adalah di ingatkan jgn percaya bulat2 ye kawan2 semua. Kita hanya merancang, mencuba dan selebihnya hanya Allah yg menentukan. Jgn plak nnt ade yg nak salahkan aku bile ade yg tak menjadi. Almaklumlah aku pon tak penah cube diet ni.  

Jom kita lihat apakah diet yg sesuai bagi mereka yang inginkan ANAK PEREMPUAN :

Diet ini mempunyai kandungan kalsium dam magnesium yang tinggi dan sodium serta potasium yang rendah. Ia mestilah diamalkan sekurang-kurangnya enam minggu sebelum mula mengandung. Harus dingatkan bahawa diet ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit buah pinggang atau batu karang. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakannya.

Pengambilan Harian :
· Susu 600ml
· Roti wholemeal 90gm
· Mentega tanpa garam minimum 30gm
· 2 atau 1 bahagian daging dan 1 bahagian ikan
· 2 bahagian sayur
· 2 bahagian buah
· 1 biji telur atau 2 keping bijirin weet-bix atau vita-brits
· 2 biji ubi kentang direbus sahaja
· Tambahan: 4 biji pil kalsium sehari

Makanan / Minuman Yang Dilarang Sama Sekali :
· Sosej dan daging salai
· Ikan masin atau makanan laut yang dibuat jeruk
· Kopi, Teh atau minuman bergas

Bagi mereka yang inginkan ANAK LELAKI :

Pengambilan Harian :
· susu 200ml
· Roti wholemeal 90mg
· Mentega bergaram minimum 30mg
· 2 atau 1 bahagian daging dan 1 bahagian ikan
· 2 bahagian sayur
· 2 bahagian buah
· 1 biji telur
· Garam 3gm
· Daging salai atau daging masin
· Ikan salai boleh dimakan tetapi tulangnya mestilah dibuang kerana ia mengandungi kalsium
· Cendawan, jangung manis, blackcurrant dan oren
· Kopi, jus oren, jus tomato dan pekatan Bovril & Oxo
· Ubi kentang, coklat dan keju dilarang sama sekali.

Diet ini kaya dengan sodium dan potasium dan kurang kalsium dan magnesium. Ia mestilah diamalkan sekurang-kurangnya enam minggu sebelum mula mengandung. Mereka yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi dilarang mengamalkan diet ini. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakannya.

Info aku dapat dari SINI . 

Sekian sahaja info yang ingin dikongsi pada hari ini. Tak sabar nak tggu next week mau scan adek baby. :)


Pink or Blue?



My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Wednesday, December 26, 2012

Wordless Wednesday (11)-Mengidam




Nak sgt2 buah laici ni.Merate dah aku n Epoi carik, tapi hampe belake. Nak sgt2 dah tahap mengidam. tulung!! mane nak carik ini buah? Tak nak yg dlm tin tu. Tak fresh...
Kalau dapat buah ni, makan sejuk2 adalah paling nikmat...nak nak nak....

My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Thursday, December 20, 2012

Kurus dan Gemok


Belek2 album lame terjumpe gambar ni.
Terus jadi stress. Asal dulu aku kurus?
Sekarang? Sekarang? Hadoi.
Stress lagi aku...dan lagi...dan lagi..




Kedua-dua gambar di atas di ambil sebelum aku kawin. 


Dan yg ni plak gambar mggu lepas. sile bandingkan tumbesaran aku skang. Amboi2 ni la akibat makan tak hengat. aku dpt bygkan tumbesaran aku di kala aku sarat 9 bln nnt.

Terus pasang niat, pas besalin ni nak pasang badan betul2, nak diet betul2, nak kurus balik mcm dulu.
Persoalannya...bolehkah? Macam mimpi takkan jadi kenyataan je. Terus mak stress lagi....uwaaaaa


My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Kisah Perempuan Gile Meroyan, Twitter, BBM dan Whatsapp


AMARAN!!

Entry kali ini lebih kepada lepas geram dan rasa marah seorg perempuan yg bergelar ibu. Jadi bile marah akan ade ayat2 tak sedap didengar atau di baca. Pada siape yg tidak mau membaca kisah marah dan lepas geram ini , anda boleh abaikan entry ini ya.
Bukan ape kang takut ade yg salah paham ngan story aku kali ni.

Ini kisah petang semlm, mase aku tgh tggu lif nak naik atas rumah.
Siapa yg follow aku di twitter ade kot yg terperasan aku ngamuk2 maki sorg budak pompuan ni.
Tak kurang dari itu, amukan aku juga telah aku lepaskan di BBM dan Whatsapp dgn 2org BFF aku ni.
TQ la korg2 yg sudi mendengar luahan hati aku semlm.
Mungin ade yg kate 'ala, relax la bende camni pon nak kecoh'
'Eh hello, aku tak kecoh klu bende ni tak mdtgkan marah aku ok n boleh buat aku ilang sabar'

Meh bace kisah amukan dan rasa marah aku di twitter semlm. Malas plak aku nak menaip bende yg same 3 4 kali kan. Aku kan pemalas. hahahaha.
TQ jugak pada yg sudi respond tweet aku semlm.


Sila klik untuk tumbesaran ye kawan2

Dan ini pula luahan perasaan aku dgn BFF aku. Kalau sudi sile lah bace ye. Sbb story nye same cuma  respond dan olahan ayat mgkin beze sket.




Eh, ade lagi ni. hahaha...da kate tgh marah membare kan. Harus lah aku nak kasi story kat sume org kan.




Hahahah...kalau korang pasan dalam tgh marah2 ni sempat lagi ni aku dok ngutuk dressing n mekup minah tu. Nasib lah labu.
Lagi satu...ayat aku yg aku jerit kat minah tu pon aku mcm dah tak bape nak hengat....yg pntg mmg aku marah die pasai otak die.

Sebenarnye ade je lagi luahan ati aku kat org lain. Tapi malas lak aku nak paste kat cni. Sbb isinye same je.
Okeh, sekian saje lepas geram aku sebagai sorg ibu. Apa komen anda jika anda di tempat saya?


Dan inilah budak yang tak besalah dan kene marah dgn pompuan gile semlm. Cian Qaseh tak tau ape2 pon. *Gambar pagi tadi sebelum g school*



My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Wednesday, December 19, 2012

Potty Training @ Diaperless, dan masalahnya.


Aku kini sedang dalam usaha mengajar Qaseh untuk tidak memakai pampers.
Kalau ikut perkiraan lebih kurang semggu aku dah ajar die utk cakap bile die nak kencing atau buang air besar.
Aku kira di usia Qaseh 2 tahun 7 bulan ini mmg dah sesuai sgt nak ajar die supaya tidak pakai pempers, walaupon dah agak lewat kan.
Di samping itu boleh gak jimat duit tak yah beli pempers kan. hahahah.
Aku mmg salute lah kat mak2 yg dah pon ajar anak die tak pakai pempers walaupon anak die belum pon berusia 2 tahun. Aku mmg tak cukup sabar kot nak ajar Qaseh awal2 dulu.

Dulu niat aku nak mengajar Qaseh utk Potty Training adalah pada usia Qaseh 3 tahun.
Bagi aku dah sesuai sgt dah kot 3 tahun ni.
Tambahan mase tu aku rase aku belum cukup bersedia nak ajar die ke tandas sbb aku mmg risau giler ade adegan2 terkucil atau ter poo poo dalam sluar kalau Qaseh tak pakai pempers.
Jadi sbb itu aku tahan kan niat aku sampai usia Qaseh 3 tahun.
Tapi kini kesedaran itu telah muncul.



Tapi bile satu hari Qaseh sendiri yang ckap die nak kencing padahal mase tu die mmg pakai pempers aku pon macam terpikir dah tibe mase nyer kot.
Mase die cakap die nak kencing tu terus aku update kat twitter. Jakun ok.
Ye lah anak aku plak yg menyedarkan aku yg bahawasenye die dah besar , tapi mama die ni masih tak kompiden2 lagi kan.
Dan mulai dari hari tu mmg aku tak pakaikan Qaseh pempers di rumah, cuma bile die nak tidur mmg kene pakaikan pempers sebab die masih dalam proses pembelajaran lagi kan.
Tak sanggup aku nak basuh cadar hari2...Hahahaha

Dan sekarang masalah aku adalah bile die tak pakai pempers die macam takut nak membuang air besar.
Bile die cakap kat aku die nak berak, aku bawak die g toilet die nangis2 tak nak berak.
Macam mane ek?Aku risau plak kalau berterusan macam ni nnt die sembelit plak.
Mmg sangat2 mencabar lah nak ajar anak tak pakai pempers ni. Mmg perlu sabar.
Lagi satu kat taska plak aku macam risau kalau die tak pakai pempers.
Dan hari ni adalah hari pertama aku hantar die ke taska setelah semggu aku latih die di rumah tanpa pempers.
Dan pagi2 tadi mmg aku tetap bekalkan pempers dan pakaikan die pempers.
Aku jadi risau plak takut die keliru kejap pakai pempers kejap tak pakai kan.Kejap mama suruh kencing kat toilet, kejap kene kencing dalam pempers plak.
Korang yang dah ade pengalaman ajar anak tak pakai pempers ni korang buat camne ek mase anak korang di taska / rumah pengasuh?
Serius aku mmg kne balajar lagi pasal bab2 ni.

Mama yang kebingungan.


My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Wordless Wednesday (10)-Tahniah!!



Alhamdulillah, setelah 6 bln adek aku kini seorang tentera darat.
My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Friday, December 14, 2012

Harimau Malaya TIDUR


Entry ni tak de kene mengene dengan kekalahan Harimau Malaya semlm ye...


Ni gambar pagi tadi sebelum aku kejutkan Qaseh nak bawak pegi school.
Sory sayang....*awak tau kenapa mama mintak maaf dengan awak.....*

My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Thursday, December 13, 2012

Jantina Bayi dalam Kandungan : Boy atau Gurl?


















Kalau ikutkan mggu ini kandungan aku dah masuk 21 minggu. Kejap je rase mase tu berlalu.
Check Up bulanan untuk adek baby kali ni aku buat di Klinik Kesihatan Presint 3 je. Kali ni check up macam best sebb doctor mmg rajin scan.

Kalau ikutkan mmg dah boleh tau jantina la kan sbb baby pon dah 21 minggu. Tapi aku mmg plan nak wat 3d 4d scan awal tahun depan. Mase qaseh dulu pon mmg aku tggu kandungan aku 6 bulan baru wat 3d scan ni. Tapi nak tgu tahun depan tu rase lame lah sgt kan. Aku ni dah tegedik2 nak tau jantina adek baby ni.

Pastu tgn ni pon gatai2 lah gi gugel kan Petua Jantina Baby ni. Jom kite ngk mana yang kena..hahahah...
Eh korang yg tgh pregnen tu pon boleh try jugak. Tapi nasihat aku lah kan....Buat boleh, pecaye jgn. Ni saje utk suke2 je. Sume tu Allah dah tentukan kan. Jadi apa tggu lagi jom sama2 buat kawan2.

BABY GIRL *aku kalerkan tulisan kaler pink ape yg aku alami*

1. mengalami morning sickness yg teruk pada awal kehamilan
2. merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
3. payudara kiri lebih besar berbanding kanan
4. rambut kelihatan kemerahan berbanding sebelum pregnant
5. bentuk perut condong ke arah atas
6. perut nampak agak lonjung
7. mengidam makanan manis
8. sukakan buah-buahan
9. suka minum air atau jus yang besifat masam
10. lebih cerewet semasa hamil
11. mudah moody berbanding sebelum pregnant *aku mmg sentiase moody kot* haha
12. kulit wajah kelihatan bermasalah sebelum pregnant
13. tidak suka makan roti bersama kulitnya
14. payudara kelihatan mengembang
15. suka tidur menghadap kearah kiri
16. nipple breast kakak atau abg (jika ada) terbelah
17. garisan menegak dr bawah ketas pada perut ibu tidak terang atau terputus2

Result : 7/17

BABY BOY  *kaler biru utk ape yg aku alamai*

1. tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tidak langsung. * aku start mabuk teruk masa aku pegnen 3 bln lebeh*
2. degupan jantung bayi kurang dari 140 kali/minit. *aritu check up 150*
3. merasakan berat beban pada bahagian hadapan tubuh.
4. perut kelihatan bulat sempurna
5. bahagian areola (kawasan hitam sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
6. bentuk perut condong ke arah bawah.
7. suka makanan yang masam dan masin
8. suka makan daging dan keju
9. tapak kaki selalu berasa sejuk
10. tangan selalu kekeringan
11. suka tidur menghadap kearah kanan.
12. kelihatan berseri semasa hamil.
13. selalu sakit kepala.
14. suami mengalami pertambahan berat badan.
15. hidung kelihatan lebih mekar.
16. Nipple breast kakak/abang bulat atau timbul
17. garisan menegak dr bawah ke atas pada perut ibu terang

Result : 8/17

Kalau lihat pada result lebih pada baby BOY. Tapi lebeh 1 point je kot. Hahahha.. Mmg tak boleh pakai ni.
Tapi walau ape pon jantina adek baby yg bakal lahir ni aku n Epoi mmg tak kesah. Epoi pon awai2 lagi cakap die tak kesah pon dapat anak lelaki ke pompuan. Kite tggu taun depan ye nak tau jantina baby yg sebenar.


*sebenarnye mase scan kat klinik kesihatan tu doctor dah gtau aku dah jantina adek bby yang aku kandungkan ni. Heheheheh....Buat mase skang ni kite RAHSIA kan dulu ye sbb mcm masih awal je lagi kan. Tggu taun dpn..taun dpn tau...Jeng Jeng Jeng






My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Wednesday, December 12, 2012

Bile dah tak de keje



Nasib awok lah Qaseh dapat mama mcm ni...
Buat bende ni aku boleh gelak sorg2....korang pon boleh try make over kat SINI

Tq lah kat Watie sbb bg aku link ni...hadoi..pecah perut aku dok wat bende ni lah...
My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Wordless Wednesday (9)-Mandi Bedak




My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Tuesday, December 11, 2012

Angin satu Badan



Alkisahnya semalam aku MC.
Malam ahad tu tibe2 badan aku rase tak sihat.
Rase angin penuh satu badan.
Tambah memburukkan keadaan ape yang aku makan semua keluar balik.
Lepas tu pakej lengkap sekali dgn cirit birit.
Mmg tak larat giler mase tu.
Dah la ahad tu Epoi keje.
Serius rase nak nangis je rase bile rase badan tak sedap macam ni.
Tambahan plak skang aku dah jarang  merase muntah2 yang maha hebat mcm 2 3 bulan lepas.
Ye la kandungan aku kan dah 5bulan ++. Alahan pon dah berkurangan.
Bile tibe2 je muntah2 mau aku tak risau. Terus pegang2 perut.

Walaupon ini kandungan kedue, tapi mmg sgt berbeze mase aku pregnan kan Qaseh dulu.
Ye lah lain anak kan lain alahannye ye tak?
Epoi sendiri pon perasan pregnen kali ni aku kerap mengadu sakit2 badan. *yelah skang pon dah tue kan.hahahaha*
Serius badan aku terasa byk sgt2 angin.
Aku penah gak terpikir nak pegi berurut tapi tak berani lah pulak. Boleh ke ek org pregnen g berurut?

Sampai malam tadi aku masih lagi muntah2.
Asal aku makan sume keluar balik.
Lepas tu dah tentu2 lah aku tak lalu nak makan bile pk ape yg aku makan bakal aku keluarkan balik kan.
Ptg semlm pegi jumpe doctor, doctor pon tak boleh nak bg byk ubat sbb die kate biasenye die tak sarankan org pegnen ni makan ubat.
Haih la...camne aku nak buat dgn masalah angin satu badan aku ni?
Klu takat angin je takpe. Yang aku tak tahan bile smapai satu tahap aku muntah2 sekali.
Nak je aku telan eno ke gaviscon ke kasi nyah itu angin.Tapi bolehkan?wooo...jgn buat pasalkan.
Terpakse lah aku bertahan.
Alhamdulillah pagi ni lege sikit. Muntah pon dah takde dah.Selere makan pon dah kembali normal


macam ni lah rupe aku semlm. Muntah yang keluar pon berwarna wani. minum milo muntah kluar kaler coklat. Minum ribena muntah kluar kaler pepel.erkkk..


My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Thursday, December 6, 2012

RESEPI : Ayam Masak Burma


Patutnye semlm aku kongsikan resepi ni.
Berjaya jugak cubaan pertama aku untuk masak Ayam Masak Burma ni.
Ni menu dinner kami satu family Selase ari tu.
Resepi asal aku amik dari SINI.
Tapi aku tak ikut sgt pon resepi ni. Haahahha

Ok tak nak cakap banyak.
Meh aku kongsikan resepi versi aku plak.
Sebabnye ade bahan yg takde so aku pepandai je lah gune ape bahan yg ade kat dapur aku tu kan.
Nasib baik menjadi dan sedap (epoi yg cakap tau bukan aku).hahahaha

Bahan-Bahan:

4 ketul peha ayam, cuci bersih dan toskan*
3 sudu besar sos tiram*
1/2 sudu kecik serbuk kunyit* 
bahan bertanda*disatukan, gaul rata dan perap selama 20 minit
1 cawan air

1 kiub pati ayam
 gula ikut kesesuaian sendiri


Bahan-Bahan Untuk Dikisar:


5 tangkai cili kering

5 tangkai cili padi (boleh tambah atau kurang ikut tahap kepedasan sendiri)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 sudu besar rempah kari daging
1 batang serai, hiris halus

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang telah di kisar tadi hingga naik bau, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. 
  2. Tuang air dan  kacau  dengan api sederhana hingga mendidih.
  3. Lepas tu, masukkan kiub ayam yg telah di hancurkan dan  perasakan dengan gula. 
  4. Kemudian, kacau lagi hingga kuah menjadi pekat. Bile kuah dah pekat dan warna pon dah cantik bolehlah tutup api dah siap dimakan bersama nasik.
Taraaa... Ayam Masak Burma versi aku.
Abaikan presentation yg kurang menarik. Yang penting ada rasa. Hahah.Kalau korang nak lagi cun boleh letak tomato dan juga daun pudina.


*Aku tak makan tomato :P. Ptg ni ade cek up untuk adek baby dan juga cek up Qaseh. Jumpa lagi esok ye. Babai.





My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Wednesday, December 5, 2012

Jadual Gaji Kakitangan Awam Tahun 2013




Rasanya masa kritikal adalah pada gaji bulan Oktober. Oh Tidak!
My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Wordless Wednesday (8)-Pirate?




My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Tuesday, December 4, 2012

RESEPI : Udang Masak Lemak Cili Api


Boleh dikatakan aku jarang ke dapo 2 3 bulan yg lalu.
Bukan malas tapi  mmg tak larat gile. (alasan kannn..hahaha)
Tapi baru2 ni Epoi kne pegi kusus 4 ari kat Tengganu, maka nak tak nak aku kene jugak masak.
Kalo tidak mmg kebulo lah aku ngan Qaseh kan.

Sebelum g kusus Epoi bawak lah aku g shopping brg2 dapo kat Carefour nun.
Malas nak g jauh2. Lgpon bli sikit je. Utk aku masak 4 ari tu je.
Di sebab kan Qaseh suke makan udang, aku beli lah udang sikit, sutun sikit ayam 2 ketul.
Dah lame tak masak membuat kan aku jadi terpinga2 nak masak ape ek.
Lgpon aku ni mmg bukan pandai masak pon.
Setakat masak yg simple2 tu boleh lah.

Udang Masak Lemak Cili Api

Aku tak tau lah korang masak lemak cili api macam mane.
Tapi bagi aku masak lemak cili api adelah masakan aku di kala aku malas.
Sebab tak payah nak tumis bagai. Bawang pon tak pakai. Senang kan?
Mmg dari dulu, bg aku masak lemak cili api adalah yg paling simple dan akan aku masak bile aku malas  (tapi mmg ari2 pon aku malas.hahaha)
Meh aku tempek resepi Udang Masak Lemak Cili Api versi aku.

Bahan-Bahan :

20 ekor Udang
15 tangkai cili api di kisar (kalau suke pedas boleh tambah lagi cili ikut kesesuaian)
Serbuk kunyit (nak gune kunyit hidup pon boleh jugak)
1 batang serai dititik
2 bijik kentang (belah 4)
1 kotak santan kecil (200 ml)
1 helai daun kunyit (di hiris halus2)
Asam keping
Garam (if korang nak manis boleh letak gule sikit tp aku tak letak pon)


Cara-cara :

1. Kisar cili api bersama2 dengan serbuk kuyit/kunyit hidup. (Jangan lupe letak air ye mase kisar tu)
2. Lepas tu masukkan cili api dan kunyit yang telah dikisar itu bersama2 serai  dan kentang ke dalam periuk  dan panaskan di atas api yg sederhana sehingga kentang separuh empuk. (tambahkan sedikit air jika perlu)
3. Lepas kentang dah separuh empuk, masukkan santan. Perlahankan api, kacau selalu ye kawan2.
4. Last sekali masukkan udang dan juga asam keping. Perasakan dengan garam. Tunggu sehingga udang dan kentang betul2 masak, masukkan daun kunyit yg dihiris halus, kacau2 dan boleh lah tutup api.
Sedia untuk dihidangkan bersama2 nasi.

Masak Lemak cili api ni aku suke makan dengan sambal. Ape2 sambal lah. Tapi ari tu aku makan ngan sambal sotong. Pastu letak kicap sikit..Kalau ade ikan goreng lagi sedap.Perghhhh...


Malam ni kalau rajin nak masak Ayam Masak Burma. Kalau sedap aku tepek resepi ye.


My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Qaseh dan Udang


Kalau Upin dan Ipin sangat sukekan ayam, belainan pulak dengan Qaseh.
Qaseh adalah hantu Udang.
Ko boleh bg sepuloh ekor udang dan sekelip mate udang2 tu abis masuk dalam perut die.
Asal aku pegi dapor masak die mesti akan tanye. "Mama, masak ape tu?Udang ek?"
Padahal time tu aku tengah siang ikan ke, bersihkan ayam ke.
Jadi kalau ade stok udang kat rumah memang aku kene lah masakkan udang untuk die.
Kalau dah malas sangat aku goreng je udang2 tu.

Qaseh ni kalau dah dapat udang, aku hidangkan nasi jangan haraplah die nak makan.
Abis je udang tu die pon angkat bontot pastu pegi main.
Ade mase tu aku jadi risau sbb die tak nak makan nasi kalau aku bg die nasi dan udang, jadi aku terpakselah memakse die untuk makan jugak nasi tu.
Kadang2 tu begadoh jugak lah ngan aku semate2 die kene pakse oleh aku ni.

Kalau pegi kedai makan kan, aku order kan die nasi, die akan tgk pinggan aku n Epoi dulu.
Kalau ade udang, udang2 tu mmg tak merase lah kami bedue nak makan.
Penah sekali tu aku order kan die udang goreng tepung, tapi kat kedai kan udang goreng tepung tu tepung nye sgt banyak. Terus die reject. Jenuh aku terangkan kat die ni udang lah.
Tapi die tak pecaye sbb die ngk macam cekodok je rupe udang tu.hahaha.
Jadinya udang dlm pinggan aku tu jugak yang jadi korban.

Tapikan aku ni bukan pandai masak sgt.
Selain aku gorengkan udang tu dan buat sup ape lagi yang aku nak buat dgn udang2 tu?
Risau plak aku nnt bile Qaseh dah busan, udang tu pon die tak nak makan.
Sbb Qaseh ni ade satu2 mase tu die langsung tak nak makan. Harapkan susu je.
Dilema sungguh aku ni.
Okeh jom gugel resepi masak udang lah camni.
Pasni mesti aku expert giler masak pelbagai jenis hidangan udang.

Inilah budak hantu Udang itu. Mama love u Qaseh.


Sape yang mmg expert memasak pelbagai jenis hidangan udang tu , ajar aku boleh?.


My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Monday, December 3, 2012

Aktiviti Hujung Minggu


Pregnen kali kedua ni aku sgt2 tidak larat bejalan.
Mood bejalan mmg ade. Tapi bile dah sampai tmpt di tuju otomatik badan aku serba tak kene.
Kejap2 nak muntah. Kejap2 sakit perut. Kejap2 sakit satu bdn. Sakit kaki jgn cakaplah.
Mmg berbeze mase aku pegnen kan Qaseh dulu. Tgh sarat pon aku boleh pusing satu mall.

Tapi bile sampai ujung minggu hati aku meronta-ronta nak bejalan.
Busan ok duduk rumah je.
Kalau Epoi keje boleh di maapkan lagi.
Tapi bile die tak keje takkan aku nak  pandang muke die, die nak pandang muke aku je kan.

Minggu ini Sabtu dan Ahad Epoi off.
Die pon macam paham yg aku akan ajak die bejalan tiap kali die off.
Dalam pale otak aku mmg tak tau nak pegi mane.
Tibe ari Sabtu, pagi tu Epoi balik keje kul 7 terus die tanye nak pegi mane?
Aku mmg takde ape2 plan.
Pastu Epoi ajak g ngk ikan kat blakang JPM.
Dah lame dah Epoi ajak g ngk ikan tu. Tapi aku malas. Cam tak bes je aku rase.
Sbb aku suke jalan2 cuci2 mate dekat mall.
Tapi sbb dah mmg tak tau nak pegi mane, aku pon ikut je lah.
Okeh kite pegi ngk ikan!

Banyak kan ikan?

Lebih kurang pukul 9 sampai lah di tempat yang di tuju.
Tekejut ok aku tgk ikan yg mmg super byk kat ctu.
Eh..mcm best plak aku rase.
Tambah bes bile Qaseh lompat2 kegembiraan.
Berbekalkan roti yg 6 keping bekocak-kocaklah air tu bile ikan berebut kan roti yg sikit tu.
Bile roti dah abis, Qaseh tgk muke aku seakan sedey sbb die baru je epi2 bg ikan tu makan, sekali roti dah abih.
Jadi tak nak rosakkan mood anak, Epoi pon stat enjin g bli roti tambahan nak bagi ikan2 yang kelaparan tu makan.

 Bukan kate Qaseh aku pon eksaited tgk ikan2 tu berebut roti yg kami bg tu.

Telampau eksaited sampai pejam2 mate ok

Kesimpulannye aktiviti bg makan ikan yg aku rase tak bes tu best jugak rupenye.
So sape2 yg ade area Putrajaya tu boleh lah terjah balakang JPM ni.
Korang park je kerete kat B7, pastu jalan kaki g tepi tasik ni.
Mesti anak2 korg melompat kegembiraan.
Bukan saje anak, mak pon same. heheheh
Oh Ya! tapi kalau nak pegi, pegi awal2 pagi tau.
Mcm aku ari tu pegi pukul 9 dah panas dah. Jenuh nak menahan terik matahari je la kalau pegi lambat mcm aku ni. 
Tapi kalau korg sukekan panas boleh je redah :)

Ok nak balik dah. Babai fish. Jerit Qaseh

Lepas bagi fish makan jam lebih kurang pukul 11 lebih, macam awal lagi nak balik rumah, maka destinasi seterusnya kami ke Setia City Mall untuk buang2 masa.
Lepas pegi Setia City Mall, tak tau nak pegi mane maka, kami pon pulang ke Melake rumah atuk dan nenek Qaseh.
Nampak sgt kan kami kebusanan tak nak duduk rumah.

Hujung minggu korang sume plak macam mana?





My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...