Follow me 'INSTAGRAM"

Wednesday, January 2, 2013

IMPIAN 2013


2012 telah melabuhkan tirai. Dan kini 2013 pula menyusul. Dengan bertambahnya tahun maka secara otomatiknya bertambahlah jugak umur.Rase maca tak pecaye je tahun ni dah masuk 28. *tapi bulan 6 tau* hahahah...tu dia tak nak ngaku dah tua tu. Macam cepat sungguh je mase berlalu. Macam baru semlm je aku pakai uniform skolah. 2012 byk bagi aku kenangan manis mau pon pahit.Yang pahit tak nak lah aku ingat. Nak ingat yang manis2 ajer. Alhamdulillah 2013 ini akan menjadikan usia perkahwinan aku bersama suami tercinta menjangkau ke usia 4 tahun. Sungguh aku bahagia dengan perkahwinan ini walaupon kadang kale ade lidah yg tergigit. Hahahah...

Azam aku tahun ini untuk jadi isteri yang lebih baik, lebih sabar, lebih bertoleransi. Sebab aku sedar aku ni terlampau di manje sgt oleh Epoi. Ape aku nak mesti dapat. Kalau aku tak dapat mmg cepat je aku memberontak. Mmg bersyukur sgt dapat suami yg penyabar mcm Epoi. Walapon die tak romantik langsung tapi die sgt penyabar kot sbb die mmg jarang marah. Susahlah nak nampak die marah. Tapi mane tau azam tahun 2013 ni Epoi nak jadi garang ke ngan aku kan. *ewww...takut lak aku* Jgn lah die pasang niat cenggitu. Makanya, sebelum die berubah jadi garang adalah lebih elok aku berubah jadi isteri yang lemah lembut dan mithali. Tak rela aku laki aku berubah peel

Lagi satu aku nak sgt2 jadi ibu yang penyabar. Tahun 2013 ini In Shaa Allah aku akan ada pertambahan ahli dalam keluarga kecil kami. Maka dengan pertambahan ahli kecil tu aku kene lebih sabar dalam menguruskan hal ehwal anak. Aku akui aku ni garang. Garang sgt kot tapi aku setakat jerit2 mcm tarzan je lah. Tangan aku tak delah ringan nak memukul. Tapi aku sgt berharap Allah berikan aku kekuatan dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai ibu dan isteri di muka bumi ni. Aku mau anak aku bijak dan berakhlak mulia seperti anak org lain. Maka segalanya perlulah bermula dari aku. Aku perlu beri contoh yang baik pada mereka untuk mendapatkan hasil yang baik kan.

Aku juga berharap aku dapat kikiskan sikap2 buruk aku. Byk kot sikap2 buruk aku. Tapi tak perlulah aku coretkan kat cni. Kang dah macam bukak aib sendiri je kan. Berubah kearah kebaikan itu adalah perlu untuk mendapat kebahagian di masa hadapan. Jadi perlu kuatkan azam dan tekad. Tak mau lah duduk di takuk yang lama. Bukan mudah untuk berubah tapi aku harap dalam tempoh setahun ini ada penambah baikkan dalam hidup aku sedikit demi sedikit, dalam keluarga aku terutama untuk suami dan anak2. Aku sayang mereka ketat2. Moga apa diimpi dapat terlaksana. AMINN

Cinta hati saya dan buah hati saya

Moga kebahagiaan kekal milik kami sekeluarga

My awesome LIFE with my beluved EPOI n our adorable QASEH :)

2 comments:

  1. mari kita sama2 menjadi lebih baik untuk keharmonian rumah tangga
    usia bertambah, matang pun kena lebih la kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...